Thursday, May 15, 2014

Saya kasihankan Awak

Salam,

Bismillahirrahmanirrahim.

Dengan lapang dada harini Sarah nak buat sedikit luahan rasa yang lama dipendam dalam hati. Sarah nak berterima kasih kepada sesiapa jua yang begitu baik hati untuk menjaja cerita Sarah baik yang baik mahupun yang buruk. Yang selalu ke sana ke mari dengan berita "Sarah tu kau tahuuu.... Sarah tu laaa... " and so on.

Terima kasih. Terima kasih. Alhamdulillah.

Kerana ANDA lah Sarah berjaya hingga ke tahap ini. Kerana ANDA juga lah Sarah bahagia sehingga sekarang. Kerana "doa" dan "wirid" anda yang tidak pernah putus dari mulut ke mulut. Berbahagia sungguh mempunyai passive networking seperti ini.


Dalam masa yang sama, Sarah amat bersimpati atas apa yang menimpa kehidupan anda. Anda tidak lagi seronok bercerita tentang kehidupan, kebahagiaan diri sendiri. Anda tidak lagi menikmati masa makan, masa beriadah, sedangkan saya MENIKMATI setiap satu dengan bahagia sekali.

Oleh itu, KASIHANILAH diri anda wa'imah sebesar zarah. Isilah masa masa anda dengan lebih berkualiti, nikmatilah makanan yang terhidang di depan mata tanpa memikirkan perihal hidup orang yang belum tentu memberi anda makan. Nikmatilah HIDUP yang bersisa selagi ia masih diizin Allah.


Sekian.

Salam alaik.

No comments:

Post a Comment