Monday, April 7, 2014

Kaki

Harini nak bercerita tentang kaki.

Kaki? Takde ke lah cerita lain..... bukan takde cerita kak jemah oii, tapi nak habaq mai yang kaki ni organ paling penting dalam kita menjalani hidup kita seharian. Kalau takde kaki, payah bukan takat payah, memang tak boleh berjalan. Kalau sakit kaki pulak....azab dia sama dengan sakit seluruh badan, tak gitu?

Sebab tu lah dalam Akupunktur Cina (alaa yang terapi guna jarum halus tu) banyak menekankan tentang kaki. Sebabnya kaki ni lah 'pusat' seluruh organ badan kita. Dari kaki, kita boleh legakan sakit perut, sakit kepala, dan sebagainya. Haaa power kan....kuasa kaki! Nikmat Allah SWT yang terindah *jangan lupa Alhamdulillah*

So berbalik pada tujuan asal lah entri kali ni, dok nak cerita sangat pasal kaki. Ni nak share sikit tips penjagaan kaki. Ada yang kita boleh buat sendiri di rumah. Senang je you. Aje moh kite scroll ke bawah......

  • Rendamkan kaki selama 30 minit di dalam air suam yang dicampurkan dengan sedikit garam biasa atau garam mandian. (ini lah yang selalu saya amalkan, ternyata relaks !) Kalau nak lagi best, awok2 boleh menitikkan beberapa titis minyak aromaterapi atau mencampukan beberapa hirisan limau nipis atau lemon ke dalam air rendaman.
  • Sambil rendamkan kaki, bolehlah memasangkan lagu yang lembut untuk terapi diri. *jangan kau bantai lagu rock pulak ye!
  • Kemudian lap tapak kaki perlahan-lahan menggunakan tuala kecil bagi menanggalkan sel-sel kulit mati dan kekotoran. 
  • Seterusnya scrub kaki anda dengan menggunakan body or foot scrub (beli boleh buat pun boleh) 
  • Selepas itu gunakan pimice stone ( boleh beli kat pasaraya, Watsons atau Guardian)untuk membuang kepingan keras pada kaki. *Kalau takde gunakan aje batu sungai. 
  • Bilas kaki anda dengan air bersih, kemudian keringkan dengan tuala bersih. Sapukan losyen kaki (ada jual kat Watson/Guardian jugak) sambil mengurut perlahan kaki anda. 
  • Pastikan urut sekitar tapak kaki, tumit dan celahan jari.
  • Untuk bahagian kaki selain tapak kaki, sapukan losen yang sesuai untuk mengelakkan kulit kering dan bersisik. Dapatkan lotion yang mempunyai bau yang lembut dan menenangkan.
  • Ketika memotong kuku kaki , cara yang betul ialah dengan memotongnya menjadi empat segi. Jangan membuang kutikel pada kuku bagi mengelakkan kemasukan bakteria.
  • Kemudian gosokkan kuku yang telah dirapikan dengan minyak zaitun agar lebih sihat dan berkilau.
  • Sebelum anda memakai kasut, terutamanya kasut yang bertutup, semburlah Foot Spray di kedua-dua belah kaki supaya kaki tetap segar. *takdelah nanti orang mati dek bau cagu yang datang dari kaki berbau.*


So macam mana kak jemah? Senang kan? Paling sesuai bila duduk rumah petang-petang sabtu sambil layan Shah Rukh Khan depan TV tu, manjakan seketika kaki kita. AL maklumlah, kaki nak pakai lama dek non!

Untuk ahkak atau mak incik yang mengalami masalah selalu lenguh kaki, atau sakit lutut pulak...haruslah menjaga luar dan dalam kesihatan kaki. Cubalah konsultasi percuma dari Shaklee untuk melegakan ketidakselesaan sendi/rawan kaki awok. Mana tahu lepas ni boleh berlari kalahkan Watson Nyambek! *atas izin Allah SWT jua*

Till then,

Salam :)

Stokin pun jangan lah lupa tukar setiap hari, janganlah kaki cantik stokin pulak yang kepam!

No comments:

Post a Comment