Salam,
Seringkali kita dengar atau lihat iklan/poster tentang bahaya Diabetis atau penyakit Kencing Manis ni. Namun, tak hairan juga dalam kalangan orang muda, masih lagi tidak menyedari hakikat bahayanya penyakit ini yang sehingga kini kekal menjadi pembunuh no 2 di Malaysia selepas sakit jantung.
Bayangkan kira kira 14.9% ataupun 2.6 juta rakyat Malaysia kini menderita penyakit Kencing Manis. Serius kan??
So harini, Sarah nak share tips pemakanan untuk mereka yang menghidap penyakit kencing manis ni. Suka nak share dgn pembaca semua bahawa pesakit kencing manis ni PERLU mengawal pemakanan oleh kerana tahap gula di dalam darah adalah tinggi dari normal. Ia adalah satu daripada faktor utama untuk mendapat sakit jantung atau angin ahmar.
APA tu DIABETES????
Diabetes berlaku apabila pankreas dalam badan tidak lagi menghasilkan insulin atau badan tidak boleh menggunakan insulin sendiri dengan berkesan. Makanan yang kita makan akan bertukar kepada gula dalam badan kita. Insulin akan digunakan untuk membawa gula dalam saluran darah kedalam sel dan tisu, di mana ia akan digunakan untuk membekalkan tenaga.
Apabila kekurangan insulin, gula tidak boleh dibawa ke dalam sel dan tisu, maka paras gula dalam badan akan meningkat. Ini akan merosakkan sel yang memerlukan glukosa untuk tenaga dan juga ini akan merosakkan organ dan tisu yang didedahkan kepada tahap glukosa yang tinggi.
Haaaa….FAHAM ke FAHAM???
Mungkin ada antara kita atau ahli keluarga terdekat yang menderita penyakit kencing manis ni. So, jom kita tengok macam mana dengan mengawal kadar pengambilan makanan akan membantu kita mengawal paras gula di dalam darah.
Tips mengawal kadar pengambilan makanan untuk pesakit kencing manis:
1. Mengawal pengambilan karbohidrat.
- Karbohidrat meningkat kan kadar gula dalam darah (makanan seperti nasi, roti putih adalah HARUS dielakkan.
- Kalau nak makan roti jugak, pilihlah ROTI GANDUM/WHOLEMEAL di mana ia lebih lambat terhadam(proses penghadaman menukarkan makanan kepada gula) dengan kadar indeks glisemik yang rendah. Oleh itu, kita pun akan rasa kenyang lebih lama.
2. Pilih makanan berserat tinggi. (Hi-Fiber)
3. Pilih makanan yang mempunyai indeks glisemik rendah.
- Yang ni penting sebab indeks glisemik yang rendah akan mengambil masa yang lebih lama untuk dihadamkan. Contohnya seperti roti gandum, bijirin, madu dan juga ESP Shaklee! Paling baik untuk mereka yang berdiet juga sebab perut akan rasa kenyang lebih lama! Taklah asyik nak mengunyah saja.
Amalan pemakanan sihat untuk pesakit kencing manis:
1. Susu
Diperkaya Kalsium dan Vitamin D yang membantu penyerapan Kalsium, ini penting sebab kebanyakan pesakit kencing manis terdiri daripada mereka yang kurang bersenam atau tertekan. Ye lah, bila tak bersenam tak terdedah pada cahaya matahari, badan akan kekurangan vitamin D sekaligus, memanggil2 segala penyakit ni datang menginap.
2. Salmon
Kaya Omega 3 yang berfungsi untuk mengawal nafsu makan dan mengurangkan pembentukan lemak jahat dalam badan. Harus diingat kalau kita masak salmon ni haruslah menepati suhu agar tidak merosakkan khasiat Omega 3 di dalam isi ikan. Nak senang, ambik OmegaGuard Shaklee yang sememangnya tinggi kandungan Omega 3, DHa dan EPA. Tak yah masak2 lagipun Salmon MAHALLLLL!
3. Bijirin/Oatmeal
Ini makanan indeks glisemik rendah! Sesuai untuk mereka yang menghidap kencing manis. Kita explain dah tadi kat atas ye.
4. Blueberry
Kaya dengan Pterostilbene yang membantu merendahkan kadar kolestrol dalam badan. Dipercayai juga amat penting untuk membantu melawan kanser dan diabetes.
5. Brokoli
Kaya dengan Sulforaphane untuk membantu pemulihan pembuluh darah yang rosak akibat kencing manis.
6. Bawang putih
Ini pulak diperkaya Kalium, Zink, Mangan, dan Sulfur dimana kalau badan kita kekurangan Kalium, risiko untuk pengsan adalah tinggi. Kalau tak suka rasanya atau bau nya, cubalah ambik Garlic Complex Shaklee. Khasiat sama, rasa yang lebih mudah diterima !
Haaaa, panjang labor cerita harini. Sarah berkongsi sebab bakal mak mertua Sarah menghidap penyakit kencing manis ni. Jadi,sama samalah sharing apa yang Sarah dapat melalui bengkel nutrisi, dan sedikit web research.
So, kalau nak lebih mudah dan praktikal. Shaklee juga menawarkan supplemen khas untuk penjagaan Kencing Manis. Ingat, bukan merawat ye! Cuma baik untuk penurunan kadar gula dan kolestrol dalam badan.
Ramai juga dah cuba ni, pembaca macam mana?
Kalau nak konsultasi eksklusif, Cuma perlu hubungi nombor di tepi, InsyaAllah Sarah sedia bantu.
Salam alaik.
No comments:
Post a Comment