Monday, May 5, 2014

Cerita Ramadhan: Tips MINUM 3litre air ketika puasa

Salam,
Macam yang Sarah cerita, bulan Rejab ni masing masing sibuk mengganti puasa. Al maklumlah Ramadhan nak dekat kan.  Nak pendekkan bebelan Sarah tengah hari ni, nak cerita lah pasal concern few of my customers yang sekarang sedang mengganti puasa sambil meneruskan perjuangan mendapat kulit/bentuk badan ideal sempena raya nanti.

So, concern/permasalahannya macam ni. “Macam mana ye akak nak pastikan badan akak cukup air untuk bantu penyerapan nutrient dari supplement yang akak amalkan?”

Gitu soklan Kak Jah…… so here’s some tips untuk ahkak ahkak kawasan kat luar sana:
  1. Sediakan sebotol air masak sebagai indicator yang ada tulis berapa liter boleh muat. Lebih senang beli yang 1 liter atau 1.5 liter. Tak payah ulang-alik isi banyak kali.
  2. Setiap kali ambil supplemen, ambil bersama minimum  2 gelas air. Satu gelas lebih kurang 200ml-250ml. Jadi kalau ambil supplement 3 kali iaitu selepas berbuka, sebelum tidur dan selepas sahur, paling kurang akan minum 600ml air kan.
  3. Bawa sebotol air masak semasa pergi solat terawikh. Setiap kali lepas 2 rakaat boleh minum air sikit-sikit.
  4. Kalau puasa ganti, malam boleh kerapkan minum air. At least dapatkan lah dalam 4 gelas.
  5. Letak sebotol air masak di tepi katil. Kalau terjaga tengah malam boleh minum sikit. Atau bila bangun je sebelum nak masak nasi untuk sahur minum sikit air.

Tak susah kan?? So untuk ahkak yang ada kekeliruan tentang kadar pengambilan air ketika berpuasa vs. pengambilan supplement. Sarah harap entry ni bermanfaat untuk semua.




Alaaa kalau awok tak ambik supplement pun, apa salahnya minum air ikut peraturan cenggini. Awok jugak yang sihat. Kaaaaaaan???


Salam alaik

No comments:

Post a Comment