Wednesday, May 14, 2014

Erti HIDUP pada MEMBERI

Salam,

Sebak sebenarnya nak kongsi dengan pembaca pasal entry hari ini. Tapi perjuangan harus diteruskan, yang baik haruslah dikongsi agar sama sama dapat menambah baik sesama sendiri.

Semalam, Sarah bersyukur dipertemukan dengan insan yang banyak memberi ruang muhasabah diri untuk Sarah. Diperkenalkan namanya di sini, Lin ye. Lin seorang ibu hamil, suri rumah sepenuh masa kepada anak anak yang masih bersekolah. Lin tinggal di pedalaman Sabah. Suaminya pula hanya seorang pekerja kampung.

Lin dikenal melalui Facebook seorang rakan maya dan saya tertarik untuk mengenali Lin berikutan masalah kesihatan yang dialaminya semasa hamil. Badannya lemah dan lesu, selalu sakit kepala, dan tidak dapat tidur.

Selepas menasihati Lin agar menjaga pemakanan, disamping mengambil makanan tambahan sebagai support untuk menambah baik tahap kesihatannya. Lin ceria. Rasanya Lin seolah2 telah menjumpai jalan penyelesaian masalah kesihatannya. Harapan Lin cuma satu, dia mahu sihat untuk suami dan anak anaknya.


Lin bertanya 'berapa kak harga set ni?' selepas perhitungan dan perkiraan. Jumlah yang diberikan pada Lin adalah RM2++. Lin terdiam. Senyap seketika.

"Maafkan saya kak, saya tak mampu. Anak masih bersekolah, suami kerja kampung" lebih kurang balasan jawapan Lin. Saya terpempan. Sebak. Bukan kerana saya tidak dapat sebarang hasil jualan dari Lin, tapi sebak saya kerana saya masih belum mampu untuk membantu orang lain mendapat tahap kesihatan lebih baik.

Orang lain seperti Lin.



Kisah ini, saya kongsikan bersama group SUPERSTARS MOMMY SHAHAB kami. Dan Subhanallah, Maha Suci Allah, datang seorang hambaNya bertanyakan alamat Lin agar dapat dia menyampaikan sedekah buat Lin yang menginginkan kesihatan yang lebih baik untuk anak dalam kandungannya.

Hebatnya hamba Allah ini. Saya sendiri rasa begitu bersyukur dikelilingi manusia hebat ciptaan Allah yang begitu positif, dan sentiasa berusaha saling membantu setiap hari. Inilah realiti MFMS, satu satunya group yang tidak menekankan konsep jualan semata mata.

Beruntung lah anda jikalau berada di dalam group MFMS.

Semoga Allah merahmati kedua dua mereka ini.

Berapa banyak sedekah kita hari ini?




Salam alaik

No comments:

Post a Comment