Sunday, April 20, 2014

SAYA ORANG YANG BAHAGIA !

Salam,

Pagi pagi lagi dah hapdet blog ye. Maklumlah kita ni bukan ada masa terluang banyak macam awok2. Yang mana sempat walau dinihari sekalipun akan digunakan untuk share apa apa pun jua ilmu yang bermanfaat dalam blog ni. Haaa jangan ingat nak cantik je ye. HATI pun kena lah cantik jugak!

Okay moving on, nak cerita ni minggu lepas kawan2 MFMS kita pergi PROGRAM LUAR BIASA!! luar biasa cemane lak tu??? ini program LAW OF UNIVERSAL ATTRACTION and NEURO LINGUSITIC PROGRAMME. Ringkasnya, LUA & NLP. Panjangnya.... ok pendekkan ni tempat kita belajar macam mana menarik aura positif, menjadi positif dan mengajak orang lain turut menjadi positif. Senang cerita, aok nak jadi orang hebat? POSITIF sokmo? SINI tempatnya !! Tapi jangan pergi aja tapi tak amalkan ye. Bak kata nanny ku, "ilmu yang tak diamal memang lah sia-sia umpama pohon rendang yang tak berbuah"

Haaaa. kelasss kan.

Okay nak cerita lagi. kita tak dapat hadir program ni atas kekangan kerja. Walau bagaimana pun, GROUP MFMS TERCINTA kita TAK kedekut ilmu langsung. Masing masing laju menghapdet kami insan2 yang tak dapat hadir dan antara perkongsian yang paling menyentuh hati kita yang paling dalam adalah;

MEMAAFKAN itu MELEPASKAN 

Dikongsikan oleh tuan speaker pada hari itu, kalau nak bahagia, kita kena belajar maafkan orang. Sebab apa? Sebab kita BERHAK BAHAGIA ! wa'imah sebesar mana pun dosa nya pada kita jangan diseksa lah jiwa kita dengan kesalahan si polan tadi. LEPASKAN dan jadilah MANUSIA yang bahagia!

Bab yang ni yang paling mendalam sebab kita MAISARAH BINTI HAMZAH bukanlah seorang pemaaf. Sifat ini jugaklah yang memakan diri sendiri, sebab percayalah. Selagi kita dwell dengan kesalahan orang pada kita selagi itu kita takkan pernah nampak kebahagiaan yang Allah takdirkan untuk kita. Bayangkan setiap masa kita akan fikir orang tu. "Dia tu.... Dia tu kan.... Dulu dia tu...." trust me. Thats ME!

Tapi hari ini, dan selepas apa yang ditakdirkan untuk kita SETAHUN ni. Kita pilih untuk jadi manusia BAHAGIA. 


Jom pilih bahagia !

LEPASKAN. Seikhlas hati.

"Ya Allah, aku redha dengan ketentuanMU. Oleh itu, ikhlaskan hatiku untuk memaafkan ....... dan bukakanlah pintu hatiku untuk melepaskan segala amarah dan dendam daripada kesilapannya keatasku. Sesungguhnya aku telah menzalimi diriku sendiri dan Kaulah Tuhan yang Maha Mengampun lagi Maha Mengasihani"

Amin. Itu doa kita pagi ni.





Awok cemane? JOM LAH jadi orang yang BAHAGIA!!!


Alhamdulillah, berkesempatan menjadi orang yang BAHAGIA !
Salam alaik. :)

No comments:

Post a Comment