Wednesday, April 9, 2014

40 Days Eat Clean Challenge

Salam,

Haaa tanjat Boboi tengok tajuk entri pagi ni. 40 Days Eat Clean Challenge??? Apa kebende natang tu?
Ni nak cerita lah ni Kak Nab oii..... Eat clean ni maksudnya kita pantau intake pemakanan kita, dengan erti kata lainnya makan  secara sihat lah. *Errrkk! habis selama ni aku makan tak sihat lah ye?*

Jawapan saya, YES! memang tak sihat langsung.

Sebabnya.....amalan masakan Melayu khususnya banyak menggunakan santan dan berminyak. Kalau dihitung hitung, dibilang bilang entah berapa kalori kita ambik setiap hari. Sesuai ke dengan keperluan kita? Haaa...pinau mata Kak Nab nak mikir kan?

Bukak balik buku Pendidikan Jasmani dan Kesihatan anak Kak Nab. Tengok bab amalan pemakanan sihat, mesti ada gambar piramid Mesir makanan ni kan? Apa lagi bilang lah rata rata makanan yang masuk ke perut kita tu macam ni ke? HAHA.....rasanya macam langsung tidak kan?


Orang kita yang eat less tu lah kita eat more. Jom berubah !




Hence, 40 Days Eat Clean Challenge ! (kita speaking sikit ye!) :)

So, mulai harini saya akan share dengan tuan puan akak abang semua, apa menu yang orang dok kata 'eat clean' ni. Sehari satu. Majoriti apa yang saya buat sendiri lah ye.

Tapi sebelum kita eksaited nak sharing sharing suami eh!! Sharing sharing resipi, benda paling simple sekali adalah make sure kita minum air sekurang kurangnya 8 gelas tiap hari. Ingat! sekurang kurangnya!! Tak termasuk teh tarik kopi tarik dan segala tarik ye. Ini khas untuk air putih, air masak, air suam, air kosong, air mineral, SAHAJA!

Okay, ingat ye?

Kalau dah ingat, pergi minum segelas sekarang. Saya nak sambung kerja hakiki dulu. Kang bos saya tarik telinga apa pun tak boleh. HAHA. Nanti saya hapdet Kak Nab Kak Nab sekelian ye.

Tunggu OK?

Salam alaik. :)

No comments:

Post a Comment