Tuesday, April 15, 2014

Ohhh my beloved MFMS group !

Salam,

Dah ape kena pulak entry harini? Cerita dia cenggini....

Harini Sarah rasa bersyukur yang amat sangat ke hadrat Allah SWT sebab dipertemukan dengan kumpulan manusia yang sangat merendah diri dan baik hati. Mereka mereka ni tak kira pangkat, kedudukan semuanya mempunyai satu matlamat sahaja; membantu orang lain. Sebab tu jugak lah mereka mereka ni mampu pergi jauh. Pegangan mereka dan passion mereka untuk bantu orang adalah SUPER HIGH !!

Siapa ye? Apa tu MFMS?

MFMS adalah susur galur di bawah pimpinan Master Maria dan Master Firdaus. Dalam group ni tak kiralah yang baru belajar nak buat bisnes atau dah lama buat bisnes, semuanya sama sama mebantu untuk lebih berjaya dunia AKHIRAT. Haaaa best kan?



Sebab tu masa mula mula join MFMS. Sarah sendiri rasa kelainan bermentorkan mereka mereka. Diajak untuk sama sama mendekatkan diri dengan Allah SWT dalam masa yang sama tolong sedaya mampu mereka yang memerlukan. Kalau rasa macam taknak terjebak, jangan risau awok akan TERJEBAK secara sendirinya. Sebab AURA POSITIF yang ada dalam group MFMS sangat LUAAAARR BIASA !

Sarah taknak cerita panjang lebar, awok boleh jeling kotak sebelah kalau nak tahu lebih details.

Mudahnyaaaaa berbisnes. Seronoknyaaaa jadi BOSS sendiri !




Salam alaik.

p/s: Terima kasih Master dan semua yang ada dalam MFMS. Especially mommy yang ajak TERJEBAK dengan MFMS ! :)

Ostematrix PROMO !!

Salam,

Dah dengor ke promo bulan ni kat Facebook Sarah? Kalau belum pergi lah scroll yang mana patut Klik sini. Sebab kalau tak tahu rugi tau !

Baru baru ni kan Sarah share pasal kawan Sarah ramai yang dapat baby baru? Sarah suggest untuk ibu lepas bersalin cuba Oste jugak. Bagi yang belum ambik set, boleh lah tengok apa tu SET BERSALIN SHAKLEE. Khasiat dan keberkesanan sama macam kita pantang tradisional, tapi yang bestnya tak payah lah ahkak2 dok gigih kepit hidung guna sepit baju tu sebab tak nak bau jamu yang busuuuuk tu.

Kalau ada yang mudah, kenapa tak NAKKKK???


Nampak tak OSTE dalam SET PREMIUM ni? Kalau awak nak SET BAJET, sila consult Sarah!

Balik pada cerita Oste. OSTEMATRIX nama panjangnya. Hat ni Sarah sendiri cuba, memang terasa lainnya badan lepas makan. Cara makan pun mudah. Sebiji sebelum tidur. Lepas kita gosok gigi semua tu siap siap nak belayar, makan dulu sebiji Oste, memang AWESOME bila bangun tidur. Badan rasa ringan and macam battery yang full charged, cargas je nak memulakan hari baru.

Nak tahu kenapa???

Tu....tengok khasiat Oste kat bawah.

Saya tak minum susu, jadi saya ambil Oste yang jauh lebih berkhasiat untuk saya!

Ni ahkak dengan ahbang yang dah cuba Oste. 

So, untuk sesiapa yang nak selit order dengan Sarah, janganlah malu nak jeling kotak sebelah kanan ye.
Ambik handphone lekaih leee whatsapp Sarah. Bukan nak kata, tapi order Oste bulan ni melambongg *bukan Emma Maembong yer* naik nyaaa!

Harga Oste cuma MYR61 untuk Semenanjung dan MYR65 untuk Sabah/Sarawak. Sebotol ada 120 tablets tahan untuk 4 bulan. 

Mahal gak lagi??? RM61/120 = RM0.50 sebiji/sehari

Kalau awok ambik sumber kalsium seperti susu pun dah RM1.80 sekotak. So mana MAUUU? Awok lah tentukan ye. Kalau awok bijak, kumpulkan order sebab beli 6 percuma 1. Silap2 awok pun berpeluang jadi ahli FREE. Seumooorrr hidop lagi uols !

Apa tunguu lagi? Pecut cepat lah deerrr........


Salam alaik

Monday, April 14, 2014

Shaklee Membership

Salam,

Selamat tengahari kengkawan Sarah semua. Udah makan ke Cik Nab, Cik Yam?? Kalau udah makan jangan lupa ambik supplement mana yang terlajak lupa pagi tadi ye ! Al maklumlah, kalau nak nampak hasil, jangan lah malas and makan supplement ikot suka hati kaaauu sajorr. Alamatnya nanti, kekal lah di takok yang sama. Lepas tu jangan kompelin "Ini lah dia, habis beribu ribu hasil takde" which all of my beloved customers tak de lagi yang pernah kata.....kan?

Harini kita nak habaq mai pasal Shaklee Membership. Duk selalu post kat Facebook klik sini yo! pasal produk dan keberkesanan Shaklee pada semua kesayangan kita, ada dua tiga kawan lama yang berminat nak join. Sebab apa ye???

Banyak sobab eh.... Ekau tengok Mek Jah bawah ni.


Takde modal youuuu!


Okay sekarang Sarah nak citer macam mana caranya ni nak dapatkan Shaklee Membership? Psssttt... pesanan penaja kalau awok2 semua bijak, pilih lah cara no 2. Mudah, asli, dan untoooonggg wooo!
Haaa tu baru satu, ade jugak yang lain lain yang tak sempat nak screenshot.


1. Awok register sebagai ahli dengan bayaran RM65 (keahlian seumur hidup) haaa hameeekaaww! seumur hidup teros takpayah kalut nak pi renew lah bagai. Bayar RM65 dapat enjoy priville ahli seumur hidup atas muka bumi ni. *kami tak cater pesanan dari Marikh kot* LOL!

2. Awok beli barang dan kumpul 200UV *unit value* dan awok akan dapat automatik keahlian secara PERCUMAAAA!!!!! 200UV=RM650 harga barang2 Shaklee.


"Gila lah Sarah ni, tadi kata yang no 2 senang. Ni aku kena pulak beli barang sampai RM650, tak nak lah" Haaa jangan bimbang jangan khawatirrr..... Kawtim boleh! Memang ni pun ayat kita dolu2. Tapi leas semalaman beristikiharah, kita rasa yang ni semudah2 jalan.

Nak tahu macam mana?

Kita kumpol lah order, bila cukop 200UV kita sign up. Yang bestnyeeeerr, kita dapat produk Shaklee, dapat business kit (kalau awak xnak meniaga pun tak apa, awok boleh tengok macam2 produk Shaklee dalam ni), and dapat CASH BONUSSSS ! terus mata pinau $$$$.

Tengok, kan Sarah kata kalau awok bijak awok ambik hat no 2. Tak keluar duit, dapat barang, dapat business kit, dapat DUITTTT pulak lagi.

Cakap sini, siapa tak nak?

Haa, so sekarang siapa lagi yang rasa nak buat duit sendiri, nak cari duit poket, nak tambah income sendiri/suami, nak tolong keluarga atau apa saja niat awok2. Sini Sarah dah share cara Sarah tebalkan poket. Mau tak mau tu terpulang pada diri awok.

Pokok pangkal, tanya hati.


Keterangan lanjut, jangan malu jangan segan. klik kotak sebelah kanan ye !

Salam alaik. :)

Thursday, April 10, 2014

#1 Egg Wrap

Salam,

Seperti yang dijanjikan semalam, harini kita nak share lah sikit one of recipe yang kita makan harini sempena dengan "40 Days Eat Challenge" kita tu. Okay, dah ambik pen dengan kertas? kalau yang canggih tu print je le resipi bawah ni. Lagipun senang amat nak buatnya ! boleh jugak kalau ajak anak anak join. :)

Here we go.......

HOME MADE EGG WRAP

Serves: 3 pax
Prep time: 15 minutes

Bahan bahan:

Bahan A
1 biji timun
2 biji tomato
1 biji bawang besar / bawang holland
1 ulas bawang kecik dicincang halus
Salad segar *dimayang*

Sedikit lada hitam
Tortilla wraps *perisa awok pilih lah ikut suka* (Giant, Aeon semua ada jual tortillas ye kak)
Sedikit lada sulah
1/2 sudu kecik mayonis
4 biji telur *2 biji telur kuning sahaja*

Cara cara:

  1. Pukul telur bersama bawang putih yang dicincang halus, mayonis, sedikit lada sulah, dan serbuk pati ikan bilis. *pukul macam nak bergadoh ye !*
  2. Panaskan kuali dengan sedikit minyak zaitun. 
  3. Masuk kan telur yang dah dipukul dan terus kacau menggunakan sudip kayu.
  4. Terus kacau sehingga telur menjadi 3/4 masak *atau ikut suka awok nak macam mana*
  5. Layurkan tortilla di atas kuali tadi tanpa minyak setitik pun selama 1 minit *no no no oil please*
  6. Masukkan segala bahan A ke dalam mixing bowl bersama telur yang dah digoreng 3/4 masak.
  7. Taburkan sedikit lada hitam.
  8. Gulung dan sedia dihidangkan. 


susun ikut suka awok, jangan penuh sangat nanti tak boleh gulung. 
Enjoy!

Senang kan cerita dia. Ini lebih kurang salad versi baru untuk orang yang jakun takut tengok sayur. this is wayy more presentable lah. Bila nak buat dengan anak pun seronok.

Haa ape lagi, kita pulak lah nak makan. Till next post,


Salam alaik. :)




Wednesday, April 9, 2014

40 Days Eat Clean Challenge

Salam,

Haaa tanjat Boboi tengok tajuk entri pagi ni. 40 Days Eat Clean Challenge??? Apa kebende natang tu?
Ni nak cerita lah ni Kak Nab oii..... Eat clean ni maksudnya kita pantau intake pemakanan kita, dengan erti kata lainnya makan  secara sihat lah. *Errrkk! habis selama ni aku makan tak sihat lah ye?*

Jawapan saya, YES! memang tak sihat langsung.

Sebabnya.....amalan masakan Melayu khususnya banyak menggunakan santan dan berminyak. Kalau dihitung hitung, dibilang bilang entah berapa kalori kita ambik setiap hari. Sesuai ke dengan keperluan kita? Haaa...pinau mata Kak Nab nak mikir kan?

Bukak balik buku Pendidikan Jasmani dan Kesihatan anak Kak Nab. Tengok bab amalan pemakanan sihat, mesti ada gambar piramid Mesir makanan ni kan? Apa lagi bilang lah rata rata makanan yang masuk ke perut kita tu macam ni ke? HAHA.....rasanya macam langsung tidak kan?


Orang kita yang eat less tu lah kita eat more. Jom berubah !




Hence, 40 Days Eat Clean Challenge ! (kita speaking sikit ye!) :)

So, mulai harini saya akan share dengan tuan puan akak abang semua, apa menu yang orang dok kata 'eat clean' ni. Sehari satu. Majoriti apa yang saya buat sendiri lah ye.

Tapi sebelum kita eksaited nak sharing sharing suami eh!! Sharing sharing resipi, benda paling simple sekali adalah make sure kita minum air sekurang kurangnya 8 gelas tiap hari. Ingat! sekurang kurangnya!! Tak termasuk teh tarik kopi tarik dan segala tarik ye. Ini khas untuk air putih, air masak, air suam, air kosong, air mineral, SAHAJA!

Okay, ingat ye?

Kalau dah ingat, pergi minum segelas sekarang. Saya nak sambung kerja hakiki dulu. Kang bos saya tarik telinga apa pun tak boleh. HAHA. Nanti saya hapdet Kak Nab Kak Nab sekelian ye.

Tunggu OK?

Salam alaik. :)

Tuesday, April 8, 2014

Welcome Newborns !

Salam,

Dalam minggu ni aja ada tiga daripada kawan saya selamat melahirkan zuriat mereka. Seronoklah saya dapat jadi mak incik macam ahkak ahkak semua. Tapi terus terang cakap, saya sereeeeemmmm sikit nak pegang baby, al maklumlah dari kecik mak pesan tulang baby lembut, salah pegang..... praaaakk! haaa ngko nak menjawab???


Anyway, tahniah untuk sahabat sahabt saya mahupun awok2 ahkak2 mak incik2 sekalian yang semestinya lebih dari gembira dapat merasai nikmat menjadi seroang perempuan. InsyaAllah doakan saya pulak nanti ya! Tiap kali mereka mereka ni cerita pengalaman bersalin masing masing, serta merta bulu roma bulu tengkuk segala bulu tegak berdiri. Seeeereeemmm kak Siti ooiii. Terkoyak sana terpotong sini. Allahu. 

Tapi tu lah besarnya nikmat Allah pada kita perempuan. Segala dosa terhapus saat kita berjuang untuk melahirkan, ada juga antara kita yang syahid langsung ke syurga. Subhanallah!

Okay, gembira gembira juga, untuk yang sedang berpantang tu, tahanlah sikit ye.... bukan apa untuk diri kita juga. Sedang awok2 ahkak2 tengah duduk berehat, moh le nak share sikit tips ketika berpantang. Aje mane le tau kot ade yang baru pertama kali berpantang. Untuk yang belum pernah *macam saya* pun elok juga menambah pengetahuan. 


Tips nya cenggini tau uols ..........

  • Mandi hanya 2kali sehari pagi dan petang dengan air panas dan air mandian herba .
  • Bertungku dngan tungku batu sungai yang dibalut dengan kain atau daun mengkudu selepas mandi. Seelok-eloknya 2 atau 3kali sehari lepas mandi. Kadang-kadang tak sempat so buat sekali sehari dah memadai. Hasilnya memanglah ...segar dan lega.. Tumpukan bertungku di kawasan rahim dan juga satu badan.Best sangat!
  • Berurut tempoh 3hari berturut-turut selepas balik dari hospital di awal kelahiran. Semasa berurut tu bidan pasti sengkak peranakan yang dah jatuh. Bidan urut buang angin dekat badan.Best je rasa nanti lega , ringan dan sedap :)
  • Berbengkung siang dan malam dan saya pastikan mesti lebih daripada 5jam. Saya lakukan selepas mandi. Sebelum bengkung wajib saya sapukan  losyen untuk hilangkan selulit dan pecahkan lemak di sekitar perut,pinggang,peha,betis. Saya pakai 3-4 jenis bengkung.Ganti-ganti bila basuh yang tu dan pakai yang lain lak. Korset ada yang untuk pinggang dan perut sajea , korset untuk perut ke punggung dan peha serta bengkung tradisional (yang ni walaupun leceh tapi sedap pakai sebab boleh kuatkan pinggang dan jadikan kita perempuan melayu terakhir bila berjalan dan duduk semuanya kena bersopan santun sebab bengkung ni sangat ketat).
  • Pakai barut sebelum bengkung.Ubat barut boleh memebantu memecahkan lemak dan menghalang angin masuk.
  • Pakai stokin setiap masa untuk elak sejuk dan masuk angin. Cukup habis pantang dah tak perlu pakai stokin :)
  • Berpilis bila perlu (2minggu pertama selepas bersalin sapu selalu ye). Yang ni saya guna pilis instant  sapu di kepala untuk elak pening masa dalam pantang. Saya suka guna Ginger cream dari Leesa Formula sebab dia meresap kulit dan bau menyenangkan dan tak suka pilis yang hitam buat sendiri atau jamu tu sebab busuk..heee =)
  • Makan kerap tapi dalam kuantiti sedikit. Ini tips yang sangat berkesan untuk kekal langsing =). Sebelum makan pastikan mesti pakai bengkung dulu. Kalau dah pakai bengkung sebelum makan mesti makan tu sikit jer nanti. Taklah melantak namanye =) Seeloknya makan dan minum 6kali sehari.Makan berat macam nasi tu 2kali je sehari.Kalau makan nasi mesti nasi panas. Minum air kosong suam mesti banyak , bagus untuk tambah susu (Kata orang tua dalam pantang tak elok minum air banyak-takut kembang?? saya abaikan je,sebab ianya baik untuk diri saya). Setakat ni saya dah 3tahun susu badan tak putus-putus dan memancut macam air bomba untuk 3 orang anak lelaki saya yang kuat menyusu badan ni.
  • Baring dan rehat secukupnya. Hadkan pergerakan ketika masih dalam pantang. Cara duduk dalam pantang mesti bersimpuh. Elakkan duduk bersila bertujuan nanti tulang punggung kembang. 
  • Ikat rambut tegang-tegang.Supaya kulit muka jadi tegang.Boleh menaikkan seri muka dan melegakan kepala.Jangan sesekali biarkan rambut lepas untuk elak masuk angin.
  • Senaman pemulihan dan mengempiskan perut =)


Okay, bila saya dah share amalan ni, otomatik lah mata dan fikiran bertumpu pada tips pemakanan ye dak. Untuk yang tak pernah lagi berpantang *macam saya*, memang ligat lah fikir nak makan apa ye kak Siti? Jamu??? Mak aii boleh tahan ke? macam macam soalan.....

Tapi kalau nak yang mudah, sambil main ipad sambil berpantang...meh kite nak bisik... pssstt pssttt..... 

Konsultasi percuma untuk yang baru nak cuba set bersalin Shaklee. Contact saya terus ya!





















Tak mudah ke tu Kak Siti?? Telan saje. ESP tu pun rasa sedap, idok le kome tutup hidung duk menahan tusukan bau busuk jamu tadi. So, tunggu apa lagi kak oii? Mintak le cik abam awak ambikkan henpon, awok message je kite. InsyaAllah, sihat dan cargas awok2 time berpantang ni, bukan tu je bertambah MELETOPPS you. Tak caya? Moh dengor ahkak2 kawasan cerite.....



Testimoni I:  40 hari je Kak Siti... amacam? Seronok tak?  



Testimoni II: Cargas bak ang ! Siapa nak lembik gemalai kan? Bertindakkk. :)



Testimoni III: Untuk ahkak yang heran macam mana Shaklee menggantikan jamu, ini buktinya! 


Okay, now saya nak pi uruskan order customer, repacking and send out. Tak nak dibiarkan order berlama lama dengan saya sebab semua tengah berlari lari tunggu abam posmen depan rumah. Semua eksaited nak consume Shaklee. Semua dah tahu keberkesanan Shaklee. Ahkak bila lagi? *jawab sendiri ye* 

Salam alaik. :)

Monday, April 7, 2014

Kaki

Harini nak bercerita tentang kaki.

Kaki? Takde ke lah cerita lain..... bukan takde cerita kak jemah oii, tapi nak habaq mai yang kaki ni organ paling penting dalam kita menjalani hidup kita seharian. Kalau takde kaki, payah bukan takat payah, memang tak boleh berjalan. Kalau sakit kaki pulak....azab dia sama dengan sakit seluruh badan, tak gitu?

Sebab tu lah dalam Akupunktur Cina (alaa yang terapi guna jarum halus tu) banyak menekankan tentang kaki. Sebabnya kaki ni lah 'pusat' seluruh organ badan kita. Dari kaki, kita boleh legakan sakit perut, sakit kepala, dan sebagainya. Haaa power kan....kuasa kaki! Nikmat Allah SWT yang terindah *jangan lupa Alhamdulillah*

So berbalik pada tujuan asal lah entri kali ni, dok nak cerita sangat pasal kaki. Ni nak share sikit tips penjagaan kaki. Ada yang kita boleh buat sendiri di rumah. Senang je you. Aje moh kite scroll ke bawah......

  • Rendamkan kaki selama 30 minit di dalam air suam yang dicampurkan dengan sedikit garam biasa atau garam mandian. (ini lah yang selalu saya amalkan, ternyata relaks !) Kalau nak lagi best, awok2 boleh menitikkan beberapa titis minyak aromaterapi atau mencampukan beberapa hirisan limau nipis atau lemon ke dalam air rendaman.
  • Sambil rendamkan kaki, bolehlah memasangkan lagu yang lembut untuk terapi diri. *jangan kau bantai lagu rock pulak ye!
  • Kemudian lap tapak kaki perlahan-lahan menggunakan tuala kecil bagi menanggalkan sel-sel kulit mati dan kekotoran. 
  • Seterusnya scrub kaki anda dengan menggunakan body or foot scrub (beli boleh buat pun boleh) 
  • Selepas itu gunakan pimice stone ( boleh beli kat pasaraya, Watsons atau Guardian)untuk membuang kepingan keras pada kaki. *Kalau takde gunakan aje batu sungai. 
  • Bilas kaki anda dengan air bersih, kemudian keringkan dengan tuala bersih. Sapukan losyen kaki (ada jual kat Watson/Guardian jugak) sambil mengurut perlahan kaki anda. 
  • Pastikan urut sekitar tapak kaki, tumit dan celahan jari.
  • Untuk bahagian kaki selain tapak kaki, sapukan losen yang sesuai untuk mengelakkan kulit kering dan bersisik. Dapatkan lotion yang mempunyai bau yang lembut dan menenangkan.
  • Ketika memotong kuku kaki , cara yang betul ialah dengan memotongnya menjadi empat segi. Jangan membuang kutikel pada kuku bagi mengelakkan kemasukan bakteria.
  • Kemudian gosokkan kuku yang telah dirapikan dengan minyak zaitun agar lebih sihat dan berkilau.
  • Sebelum anda memakai kasut, terutamanya kasut yang bertutup, semburlah Foot Spray di kedua-dua belah kaki supaya kaki tetap segar. *takdelah nanti orang mati dek bau cagu yang datang dari kaki berbau.*


So macam mana kak jemah? Senang kan? Paling sesuai bila duduk rumah petang-petang sabtu sambil layan Shah Rukh Khan depan TV tu, manjakan seketika kaki kita. AL maklumlah, kaki nak pakai lama dek non!

Untuk ahkak atau mak incik yang mengalami masalah selalu lenguh kaki, atau sakit lutut pulak...haruslah menjaga luar dan dalam kesihatan kaki. Cubalah konsultasi percuma dari Shaklee untuk melegakan ketidakselesaan sendi/rawan kaki awok. Mana tahu lepas ni boleh berlari kalahkan Watson Nyambek! *atas izin Allah SWT jua*

Till then,

Salam :)

Stokin pun jangan lah lupa tukar setiap hari, janganlah kaki cantik stokin pulak yang kepam!