Monday, April 28, 2014

Gastritis - Punca dan Pencegahan

Salam,

Rasa macam lama tak membebel kat sini. Sorry ye awok2 semua, Sarah baru sembuh sepenuhnya *full swing* harini. Terus cap cus nak updated blog untuk tatapan awok2. Haaaa ada lah tu yang rindu kita kan?? *baik ngaku* kuikuikui.

Sarah sakit apa?

Ni nak jawab semua yang bertanyakan asbab kenapa Sarah diam aje lately.

Sarah kena GASTRITIS a.k.a nama manja dia GASTRIK.

Tanda tanda GASTRIK:

• Sakit perut (pada bahagian atas perut atau abdomen)
• Rasa senak, berangin atau pedih
• Rasa tidak selesa
• Kembung, sendawa berulang kali atau kerap kentut selepas makan
• Rasa mual (loya) dan muntah
• Hilang selera makan
• Berat badan turun (pada peringkat teruk)

Punca punca serangan GASTRIK:

Gemar mengambil makanan yang pedas.. (Alamak!...saya pun suka pedas)
~ makanan yang pedas sukar diproses oleh perut. Jadi ia akan menyebabkan perut untuk merembeskan asid dengan lebih banyak untuk mencernakan makanan tersebut....

2. Penggemar asam
~ Asam adalah makanan yang masam (berasid). Jadi asam akan menambahkan tahap keasidan di dalam perut dan boleh meningkatkan risiko terkena gastrik.

3. Makanan berlemak/ berminyak
~ Seperti makanan pedas, makanan yang berlemak & berminyak sangat sukar untuk dihadam, ia juga boleh menjadi salah satu daripada punca gastrik.

4. Orang sering stress
~ Bagaimana stress boleh dikaitkan dengan gastrik?. Perasan tak, jika orang stress maka mereka akan makan dengan banyak kononnya makanan boleh menghilangkan stress yang mereka tanggung.  Apabila tertekan, perut akan merembeskan asid dengan lebih banyak secara tidak langsung kita akan jadi cepat lapar.

Haaa familiar kan? Ke awok pun ada jugak? Sarah doakan semua awok2 sihat selalu. (Gastrik ni punya pasal, lembik melepek berapa hari kat rumah tak buat apa tauuu. Sooooo tak best, okay!) doctor pun pesan, jaga makan, watch your food intake, jaga makan. jaga makan, and jaga makan.

JAGA MAKANNNNNNN !

Ye Ye Yeeeee! Saya faham doc! So lepas kena sekolah dengan doc kat klinik tadi, Sarah pun terus contact mommy Shaklee Sarah, nak tambah khasiat, al maklumlah sekarang Sarah dah join geng orang perut sensitip. Discuss and discuss *pot pet pot pet*, now bertambahlah satu lagi SUPPLEMENT yang TERBUKTI BERKESAN ! untuk orang yang menghidap GASTRIK!

Bukan memulihkan atau merawat ye, motip kita tadi nak cari pemakanan sesuai untuk jaga kesensitivian perut kita *ada ke perkataan tu, maaf ye sape2 cikgu BM*

Okay jom tengok ape dia !
Tadaaaaa! ESP Shaklee yang AWESOME !
So, macam mana pulak ESP ni boleh membantu pesakit gastrik tadi??

ESP merupakan sumber protein unggul daripada kacang soya yang merupakan sejenis tumbuhan yang tinggi sifat alkalinya yang dapat meneutralkan keasidan didalam perut. Di samping itu, nutrien protein yang terkandung didalam ESP sangat membantu membina sel-sel badan yang baru bagi menggantikan sel-sel lama yang telah rosak akibat hakisan oleh asid hidroklorik berikutan proses pencernaan makanan. 

Eh, memang betul doc cakap kena elakkan makanan berasid ! Nampaknya, dengan ESP bukan takat boleh cegah gastrik tapi dalam masa sama memperbaiki tahap kesihatan pesakit gastrik !!!


Haaa nampak tak? 2 dalam 1. Jimat dan mudah, teguk sajor !

Okaylah, nak pergi order dulu.


Salam alaik. :)





Tuesday, April 22, 2014

Cuti Semester Datang Lagi

Salam,

Tengah plan nak pi holiday ke Kak Nab? Syok sangat tengok kalendar tu macam nak ditelan.... Maklumlah tak lama lagi musim cuti sekolah, cuti semester, cuti bersalin cuti raya semua yang namanya cuti lah ! Elok jugak plan awal lagipun Ramadhan dah makin dekat, pose dah ganti ke belom??

Harapnya DAH lah ye. Sarah pun masih terkial kial mengganti jugak ni. InsyaAllah, semoga sama sama dipermudahkan.

Cerita pasal cuti ni, bukan cuti sembahyang ye. Sarah teringat zaman uni dulu, sebab selalunya time skearang ni lah masa paling kalut nak cari kerja part time dengan kawan kawan. Ececeyyy! Mak suruh berehat *mentalitinya macam penat dah otak adik bekerja selama satu sem* padahal..... *jawab sendiri* -bukan nak riak tapi pointer saya masa zaman uni tak pernah kurang dari 3.2- awok yang study tu harus study smart okeh !

Okay back to the motip kita tadi, nak cerita yang zaman Sarah di UniKL, *im proud of UniKL, seriously* adalah bersamaan dengan adik yang baru lepas SPM, nak cerita dalam entri ni adalah kegigihan adik Sarah ni mencari duit. Nak cerita lagi, poket dia yang paling 'tebal' antara kami adik beradik. Hehehehe.

Okay, namanya Tya *nama manja lah ye* start lepas SPM tu dia terus kerja part time di Secret Recipe, Mid Valley Megamall. Dia ni kecik sangat orangnya, silap2 kalau orang tak kenal boleh kata dia masih darjah 6 masa tu. Hehehe. Kebetulan masa tu Sarah kerja di Vincci+ adalah lebih kurang jarak 15 kedai dengan adik tadi.

Awok bayangkn lah dia tu kecik, tak tahu apa lagi pergi kerja angkat pinggan kaca berat berat. Yang paling saya respect, adik saya tiap hari akan bawak bekal dari mak untuk makan waktu break. Dia akan duduk di mana mana dan makan sampai habis. Pernah sekali saya nampak dia dari jauh, dan terus menangis. Sampai ke hari ini saya sangat menghormati dia dan kesungguhannya kalau bekerja.

Dan disebabkan itulah, adik saya paling 'loaded' antara kami. Akhir bulan tu, dia ajak saya pergi ROXY untuk beli sebuah dompet. Hasil titik peluh sendiri. *zaman kami sekolah siapa ada ROXY original dah kira TOPPPP !*

FREEDOM ! bila dapat rasa nikmat duit sendiri

Untuk entri ni, saya dedikasikan khas untuk adik saya. NOR ATIYAH BINTI HAMZAH. Si kecik yang berjiwa besar. Sekarang dalam tahun akhir pengajian nya di Universiti Malaysia Sabah dalam jurusan Kejuruteraan Kimia. *dia single lagi okeh*

Hehehe. So kalau adik saya yang kecik ni boleh cari duit sendiri, awok tanya balik diri awok, takkan awok tak boleh?

Tak tahu nak mula bukan alasan, wa'imah OKU pun boleh cari duit. Semuanya terletak pada diri awok sendiri.

SANGGUPKAH AWOK MENINGGALKAN ZON SELESA???

Kalau sanggup, TAHNIAH !! awok dah injak satu level daripada orang lain.

Kalau ready nak dapat income sendiri, moh kita KLIK SINI




Good luck !

Salam alaik :)


Monday, April 21, 2014

Ratu Hatiku

Salam,

Sebelum Sarah membebel panjang lebor, Sarah nak tanya sikit dulu....

Siapa antara awok ni yang duduk JAAAAAAUUUUHHH dengan parents? Angkat kaki tangan ! Sebab awok sama dengan Sarah. Jauh dari parents.

Kalau awok rajin bukak FB kita awok mesti nampak Sarah hapdet pasal mak harini.

One word je nak kata; RINDUUUUUUUU.

Dah berapa hari sebenornya nak call mak, tapi selalu terlepas waktu yang seswaii. Korang mesti nak kata "Alaaa alasan le tu, call je lah waktu bila pun" Sorry tapi Sarah cukup faham bila mak Sarah berehat, makan dan sebagainya, and yang tak best tu waktu Sarah free adalah waktu mak nap, ataupun busy dengan kerja lain or whatever else.

So, moving forward, lepas solat dhuha pagi tadi. *kalau awok tak tahu cara, boleh je awok refer kat link Solat Dhuha ni* Dalam doa selain dimurahkan rezeki Sarah mintak untuk menyenangkan hati mak dan ayah. Sarah ni jenis tak reti tunjuk kasih sayang, Sarah cuma lebih rajin mendoakan dan sedekahkan bacaan Al Quran agar hati mak ayah sentiasa tenang dan gembira *kalau baik, awal pun cubalah amalkan*

Okay, disebabkan harini Sarah puasa Nazar, Sarah ada masa lah during lunch, dalam hati memang niat nak call mak, tangan pun lelaju dial nak dial no. Sekali tup tup MAK calling........

Tuutt Tuutt.

Sarah: Assalamualaikum, mak
Mak: Waalaikumsalam. Adik, adik sihat ke?
Sarah: Alhamdulillah, okay mak. Mak sihat ke?
Mak: Mak sihat. Adik kerja? dah makan? Betul sihat ke?
Sarah: Sihat....kenapa mak? lain je bunyinya...
Mak: Tak, mak rasa tak sedap hati. Rasa macam anak mak demam.
Sarah: Allahu *jantung macam berhenti kejap dgr jawapan mak*......
Mak: kalau betul sihat alhamdulillah..... *mak cerita macam macam ni, kenduri kak long, pasal adam, ayah, abang, terlau banyak..........

Sarah: Adik balik 10hb nanti, adik bawakkan mak n ayah set sendi, vitamin ni nak bagi hilang rasa kebas mak. Adik kan jual vitamin.
Mak: Ohh ye ke? 10hb ye? baguslah mak tak pegi mana pun tarikh tu. Vitamin yang mak makan ni dah okay RM35 je. (Sarah tahu mak tak nak Sarah belikan yang mahal)
Sarah: Takpe, yang tu bagus, yang ni lagi bagus untuk mak n ayah. Mak makan je, ikut caranya.

Sambung cerita lagi, tapi nada mak dah bertukar dari risau kepada gembira.

Mak: Okaylah, mak taknak kacau adik kerja lah, nanti adik balik ita sembang panjang.
Sarah: Okay mak, tunggu adik balik 10hb. Mak kirim salam ayah
Mak: Ayah tidur, keletihan. Nanti mak sampaikan. Ingat, duk tempat orang jaga diri baik baik.
Sarah: Okay mak. mak pun. Assalamualaikum
Mak: Waalaikumsalam *sayu*

Letak je gagang, ada air jernih mengalir di pipi. Rindu benar Sarah dengan mak. Walaupun 2-3minggu tu tak lama bagi awok, pada Sarah macam lama sangat Sarah tak jumpa mak. Ye lah tengok orang lain keluar makan, jalan jalan dengan mak. Sarah mak pulak jauh. Nak balik, tunggu cuti.

Okay *kesat airmata*, redhakan dalam hati yang Sarah nak cari lebih rezeki untuk menyenangkan mak.

Dari entri yang ni, takde apa yang Sarah nak share cuma KERINDUAN terhadap mak. Sarah cemburu tengok orang yang maknya dekat, bila bila boleh sembang ketawa, peluk mak dia. Tapi satu yang Sarah tak pernah tinggal adalah doa untuk mak n ayah setiap hari setiap kali nak tidur dan usai solat.

InsyaAllah.

Jagalah orang tua kita selagi terizin. Mungkin umur mereka panjang, sedangkan kita tidak.

Wallahualam.

Adik sayang mak n ayah!

Salam alaik.

Sunday, April 20, 2014

SAYA ORANG YANG BAHAGIA !

Salam,

Pagi pagi lagi dah hapdet blog ye. Maklumlah kita ni bukan ada masa terluang banyak macam awok2. Yang mana sempat walau dinihari sekalipun akan digunakan untuk share apa apa pun jua ilmu yang bermanfaat dalam blog ni. Haaa jangan ingat nak cantik je ye. HATI pun kena lah cantik jugak!

Okay moving on, nak cerita ni minggu lepas kawan2 MFMS kita pergi PROGRAM LUAR BIASA!! luar biasa cemane lak tu??? ini program LAW OF UNIVERSAL ATTRACTION and NEURO LINGUSITIC PROGRAMME. Ringkasnya, LUA & NLP. Panjangnya.... ok pendekkan ni tempat kita belajar macam mana menarik aura positif, menjadi positif dan mengajak orang lain turut menjadi positif. Senang cerita, aok nak jadi orang hebat? POSITIF sokmo? SINI tempatnya !! Tapi jangan pergi aja tapi tak amalkan ye. Bak kata nanny ku, "ilmu yang tak diamal memang lah sia-sia umpama pohon rendang yang tak berbuah"

Haaaa. kelasss kan.

Okay nak cerita lagi. kita tak dapat hadir program ni atas kekangan kerja. Walau bagaimana pun, GROUP MFMS TERCINTA kita TAK kedekut ilmu langsung. Masing masing laju menghapdet kami insan2 yang tak dapat hadir dan antara perkongsian yang paling menyentuh hati kita yang paling dalam adalah;

MEMAAFKAN itu MELEPASKAN 

Dikongsikan oleh tuan speaker pada hari itu, kalau nak bahagia, kita kena belajar maafkan orang. Sebab apa? Sebab kita BERHAK BAHAGIA ! wa'imah sebesar mana pun dosa nya pada kita jangan diseksa lah jiwa kita dengan kesalahan si polan tadi. LEPASKAN dan jadilah MANUSIA yang bahagia!

Bab yang ni yang paling mendalam sebab kita MAISARAH BINTI HAMZAH bukanlah seorang pemaaf. Sifat ini jugaklah yang memakan diri sendiri, sebab percayalah. Selagi kita dwell dengan kesalahan orang pada kita selagi itu kita takkan pernah nampak kebahagiaan yang Allah takdirkan untuk kita. Bayangkan setiap masa kita akan fikir orang tu. "Dia tu.... Dia tu kan.... Dulu dia tu...." trust me. Thats ME!

Tapi hari ini, dan selepas apa yang ditakdirkan untuk kita SETAHUN ni. Kita pilih untuk jadi manusia BAHAGIA. 


Jom pilih bahagia !

LEPASKAN. Seikhlas hati.

"Ya Allah, aku redha dengan ketentuanMU. Oleh itu, ikhlaskan hatiku untuk memaafkan ....... dan bukakanlah pintu hatiku untuk melepaskan segala amarah dan dendam daripada kesilapannya keatasku. Sesungguhnya aku telah menzalimi diriku sendiri dan Kaulah Tuhan yang Maha Mengampun lagi Maha Mengasihani"

Amin. Itu doa kita pagi ni.





Awok cemane? JOM LAH jadi orang yang BAHAGIA!!!


Alhamdulillah, berkesempatan menjadi orang yang BAHAGIA !
Salam alaik. :)

Tuesday, April 15, 2014

Ohhh my beloved MFMS group !

Salam,

Dah ape kena pulak entry harini? Cerita dia cenggini....

Harini Sarah rasa bersyukur yang amat sangat ke hadrat Allah SWT sebab dipertemukan dengan kumpulan manusia yang sangat merendah diri dan baik hati. Mereka mereka ni tak kira pangkat, kedudukan semuanya mempunyai satu matlamat sahaja; membantu orang lain. Sebab tu jugak lah mereka mereka ni mampu pergi jauh. Pegangan mereka dan passion mereka untuk bantu orang adalah SUPER HIGH !!

Siapa ye? Apa tu MFMS?

MFMS adalah susur galur di bawah pimpinan Master Maria dan Master Firdaus. Dalam group ni tak kiralah yang baru belajar nak buat bisnes atau dah lama buat bisnes, semuanya sama sama mebantu untuk lebih berjaya dunia AKHIRAT. Haaaa best kan?



Sebab tu masa mula mula join MFMS. Sarah sendiri rasa kelainan bermentorkan mereka mereka. Diajak untuk sama sama mendekatkan diri dengan Allah SWT dalam masa yang sama tolong sedaya mampu mereka yang memerlukan. Kalau rasa macam taknak terjebak, jangan risau awok akan TERJEBAK secara sendirinya. Sebab AURA POSITIF yang ada dalam group MFMS sangat LUAAAARR BIASA !

Sarah taknak cerita panjang lebar, awok boleh jeling kotak sebelah kalau nak tahu lebih details.

Mudahnyaaaaa berbisnes. Seronoknyaaaa jadi BOSS sendiri !




Salam alaik.

p/s: Terima kasih Master dan semua yang ada dalam MFMS. Especially mommy yang ajak TERJEBAK dengan MFMS ! :)

Ostematrix PROMO !!

Salam,

Dah dengor ke promo bulan ni kat Facebook Sarah? Kalau belum pergi lah scroll yang mana patut Klik sini. Sebab kalau tak tahu rugi tau !

Baru baru ni kan Sarah share pasal kawan Sarah ramai yang dapat baby baru? Sarah suggest untuk ibu lepas bersalin cuba Oste jugak. Bagi yang belum ambik set, boleh lah tengok apa tu SET BERSALIN SHAKLEE. Khasiat dan keberkesanan sama macam kita pantang tradisional, tapi yang bestnya tak payah lah ahkak2 dok gigih kepit hidung guna sepit baju tu sebab tak nak bau jamu yang busuuuuk tu.

Kalau ada yang mudah, kenapa tak NAKKKK???


Nampak tak OSTE dalam SET PREMIUM ni? Kalau awak nak SET BAJET, sila consult Sarah!

Balik pada cerita Oste. OSTEMATRIX nama panjangnya. Hat ni Sarah sendiri cuba, memang terasa lainnya badan lepas makan. Cara makan pun mudah. Sebiji sebelum tidur. Lepas kita gosok gigi semua tu siap siap nak belayar, makan dulu sebiji Oste, memang AWESOME bila bangun tidur. Badan rasa ringan and macam battery yang full charged, cargas je nak memulakan hari baru.

Nak tahu kenapa???

Tu....tengok khasiat Oste kat bawah.

Saya tak minum susu, jadi saya ambil Oste yang jauh lebih berkhasiat untuk saya!

Ni ahkak dengan ahbang yang dah cuba Oste. 

So, untuk sesiapa yang nak selit order dengan Sarah, janganlah malu nak jeling kotak sebelah kanan ye.
Ambik handphone lekaih leee whatsapp Sarah. Bukan nak kata, tapi order Oste bulan ni melambongg *bukan Emma Maembong yer* naik nyaaa!

Harga Oste cuma MYR61 untuk Semenanjung dan MYR65 untuk Sabah/Sarawak. Sebotol ada 120 tablets tahan untuk 4 bulan. 

Mahal gak lagi??? RM61/120 = RM0.50 sebiji/sehari

Kalau awok ambik sumber kalsium seperti susu pun dah RM1.80 sekotak. So mana MAUUU? Awok lah tentukan ye. Kalau awok bijak, kumpulkan order sebab beli 6 percuma 1. Silap2 awok pun berpeluang jadi ahli FREE. Seumooorrr hidop lagi uols !

Apa tunguu lagi? Pecut cepat lah deerrr........


Salam alaik

Monday, April 14, 2014

Shaklee Membership

Salam,

Selamat tengahari kengkawan Sarah semua. Udah makan ke Cik Nab, Cik Yam?? Kalau udah makan jangan lupa ambik supplement mana yang terlajak lupa pagi tadi ye ! Al maklumlah, kalau nak nampak hasil, jangan lah malas and makan supplement ikot suka hati kaaauu sajorr. Alamatnya nanti, kekal lah di takok yang sama. Lepas tu jangan kompelin "Ini lah dia, habis beribu ribu hasil takde" which all of my beloved customers tak de lagi yang pernah kata.....kan?

Harini kita nak habaq mai pasal Shaklee Membership. Duk selalu post kat Facebook klik sini yo! pasal produk dan keberkesanan Shaklee pada semua kesayangan kita, ada dua tiga kawan lama yang berminat nak join. Sebab apa ye???

Banyak sobab eh.... Ekau tengok Mek Jah bawah ni.


Takde modal youuuu!


Okay sekarang Sarah nak citer macam mana caranya ni nak dapatkan Shaklee Membership? Psssttt... pesanan penaja kalau awok2 semua bijak, pilih lah cara no 2. Mudah, asli, dan untoooonggg wooo!
Haaa tu baru satu, ade jugak yang lain lain yang tak sempat nak screenshot.


1. Awok register sebagai ahli dengan bayaran RM65 (keahlian seumur hidup) haaa hameeekaaww! seumur hidup teros takpayah kalut nak pi renew lah bagai. Bayar RM65 dapat enjoy priville ahli seumur hidup atas muka bumi ni. *kami tak cater pesanan dari Marikh kot* LOL!

2. Awok beli barang dan kumpul 200UV *unit value* dan awok akan dapat automatik keahlian secara PERCUMAAAA!!!!! 200UV=RM650 harga barang2 Shaklee.


"Gila lah Sarah ni, tadi kata yang no 2 senang. Ni aku kena pulak beli barang sampai RM650, tak nak lah" Haaa jangan bimbang jangan khawatirrr..... Kawtim boleh! Memang ni pun ayat kita dolu2. Tapi leas semalaman beristikiharah, kita rasa yang ni semudah2 jalan.

Nak tahu macam mana?

Kita kumpol lah order, bila cukop 200UV kita sign up. Yang bestnyeeeerr, kita dapat produk Shaklee, dapat business kit (kalau awak xnak meniaga pun tak apa, awok boleh tengok macam2 produk Shaklee dalam ni), and dapat CASH BONUSSSS ! terus mata pinau $$$$.

Tengok, kan Sarah kata kalau awok bijak awok ambik hat no 2. Tak keluar duit, dapat barang, dapat business kit, dapat DUITTTT pulak lagi.

Cakap sini, siapa tak nak?

Haa, so sekarang siapa lagi yang rasa nak buat duit sendiri, nak cari duit poket, nak tambah income sendiri/suami, nak tolong keluarga atau apa saja niat awok2. Sini Sarah dah share cara Sarah tebalkan poket. Mau tak mau tu terpulang pada diri awok.

Pokok pangkal, tanya hati.


Keterangan lanjut, jangan malu jangan segan. klik kotak sebelah kanan ye !

Salam alaik. :)